Setelah Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor maka berkokoklah ramai manusia yang selama ini sememangnya tidak senang dengan perlakuan Anwar Ibrahim. "Big Boss" dan musuh lama DSAI, Tun Mahadet kembali ingin menyerang Anwar Ibrahim dengan isu perlantikan beliau. Tun mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak kerana bukan pandai sangat dalam bab ekonomi nie. Tun sahajalah yang pandai sangat. Elaun sebulan RM1 pun menjadi isu oleh Tun, nilai kepakaran Anwar Ibrahim sama banyak dengan nilai RM1. Aku tak pasti Tun ini sudah lupa atau mudah lupa, siapa Anwar Ibrahim disisi beliau ketika Anwar Ibrahim bekerja dibawah seliaan beliau.

Siapa yang menjemput Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO? Siapa yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan dan siapa yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk tempoh 8 tahun dan siapa yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan siapa pernah memberi tanggungjawab kepada Anwar Ibrahim untuk memangku sekejap kerusi Perdana Menteri Malaysia?

Jawapannya, sudah pasti kalian tahu, tidak lain tidak bukan iaitu Tun Mahathir Mohamad, jikalaulah Anwar Ibrahim bernilai RM1 dengan mutu kerjanya, lagi teruklah siapa yang melantik beliau dengan jawatan-jawatan yang paling penting dalam Kerajaan Malaysia sedikit masa dahulu. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun, ekonomi negara telah melonjok dengan pantasnya tahun demi tahun. Sudah pasti dikalangan perasuah projek susah hendak cari makan ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan kini merekalah yang berkokok memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.

Tun, seperti mana kata Anwar Ibrahim pada Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan semalam, mengatakan bos lamanya sudah kehilangan senjata, senjata yang ada kini sudah tumpul, cakap macam mana pun, tidak boleh mengubah apa-apa pun. Jikalau dahulu ketika memegang tampuk kekuasaan, membabi buta membuat onah kepada manusia-manusia yang menentang beliau.

Nilai kerja Anwar Ibrahim bukan RM1, tetapi dengan RM1, ekonomi Selangor akan meningkat melebihi apa yang ekonomi Selangor kecapi sekarang dengan ada bantuan kepakaran Anwar Ibrahim. Kenaikan ekonomi Selangor bermakna akan menaikkan lagi ekonomi rakyat Selangor. Kita perlu sedar RM1 elaun beliau dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu ringgit wang rakyat Selangor kerana setiap PENASIHAT mana-mana syarikat pasti elaunnya, berpuluh-puluh ribu ringgit.

Kita lihat dahulu pretasi ekonomi Selangor dibawah nasihat Anwar Ibrahim barulah kita nilaikan. Negeri Selangor, mengikut laporan Ketua Audit Negara a.k.a Kakitangan Kerajaan Najib mengatakan ekonomi dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang terbaik dalam jangka masa 2 tahun berbanding pemerintahan UMNO 20 tahun. Termasuklah negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang dan Kedah, Perak pula selama 10 bulan pemerintahan YB Nizar, bukan Ketua Audit Pakatan Rakyat yang kata tetapi Ketua Audit yang kerja dengan Najib. Jadi nilaikan sendiri kalau Pakatan Rakyat memerintah negara, tiada rasuah, kronisme dan sebagainya.





SEGALA TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUI khairilazuar@gmail.com atau aka_aiya@yahoo.com
































Terkejut dengan SMS daripada MalaysiaKini tentang penangkapan bekas mufti Perlis dan kini Pendakwah Bebas iaitu Dr. Mohd Asri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di salah sebuah banglo semalam. Penangkapan beliau semalam dipercayai dek kerana tiada tauliah mengajar di negeri Selangor. Tauliah semacam mana, kita pun tak taulah, tidak cukupkah semasa dahulu beliau pernah menjawab jawatan Mufti di negeri Perlis, satu jawatan yang bukan kecil anak tetapi cukup berat amanahnya. Kini, pihak Astro mengambil dakwah dari Dr.Asri untuk berdakwah dalam siaran Oasis.

Isu Wahabi sering dituduhkan kepada Dr. Asri, adakah kenyataan Dr. Asri sepanjang beliau berdakwah yang bertentangan dengan amalan kita selama ini, lantas itu dituduh sebagai wahabi. Berbuih mulut Dr. Asri mengatakan bahawa beliau bukan dari golongan ajaran wahabi. Bak kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasharudin, walaupun bertentangan pendapat agama, tetapi masih lagi tidak lari dari konteks ajaran Islam, bermakna tidak boleh menuduh ajaran Dr. Asri keluar dari ajaran Islam. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan ajaran beliau, boleh berdebat atau berbincang dengan apa yang beliau ajarkan. Kemungkinan nas-nas atau rujukan-rujukan beliau selari dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Pelikkan, satu Jabatan yang diamanahkan untuk memusnahkan kemungkaran dan mengembalikan apa yang HAK di dalam Islam, cuma halang pendakwah untuk berdakwah. Jikalau katakan ada aduan dari umat Islam yang mengatakan ajaran Dr. Asri mengelirukan, cuba siasat dengan Dr. Asri apa keliru untuk kita rungkaikan.

Sehingga apa yang aku tau, masih tidak ada lagi pendakwaan terhadap Dr. Asri oleh pihak JAIS. Semoga Allah S.W.T melindungi sentiasa para pendakwah yang mahu umat Islam kembali ke jalan Islam yang sebenar.

Jikalau katakan anda ingin menyokong Dr. Asri, silalah klik disini http://sokongan.drmaza.com


Selepas pergi Terengganu untuk meminang sepupu aku, Hazis. Hujung minggu lalu, kena pi pula Jasin, Melaka kena buat kerja Mapping Pokok kat sana. Aku bawa Isteriku dan Najwa sekali. Kami stay kat Hotel Sri Impian. Agak bersih dan teratur Bandar Jasin. Hari ahad, kerja selesai, kami pi melawat Banda Hilir. Naik Menara Taming Sari dan macam-macam lagilah. Hari Selasa lalu kena pi Melaka lagi, kali ini kat Tangjung Balak, kena bagi bengkel pasal sistem inventori pokok untuk 18 PBT seluruh Malaysia, bermakna aku kena pergi buat kerja kat lapangan untuk mapping sebanyak 15 PBT, dah siap 3 PBT. Miri, Labuan, K.Kinabalu, K.Terengganu, Raub antara yang terlibat dalam sistem inventori ini. Pagi rabu tue, biniku nak bawa najwa pi Hospital, dah 3 kali kami bawa Najwa pi Klinik Swasta, batuk Najwa tak baik-baik lagi. Tengah hari biniku call, kata Najwa kena tahan wad, darah dan paru-paru Najwa termasuk kuman. Kelas aku pukul petang, terpaksa dipercepatkan. Balik hotel, pukul 3 lebih bertolak balik K.L, agak kelam kabut, bawa keta mcm Formula 1, harap tak kena Speed Trap. Alhamdullilah, hari khamis, najwa dah boleh balik, DR. dah ambil sampel kahak Najwa, keputusan lambat sikit. Harap tiada masalah. Nampaknya, Najwa semakin OK, batuk pun dah kurang kahak, dah tak demam. Najwa walaupun ada masalah kesihatan tetapi tetap cergas macam biasa.

MP Batu, YB Tian Chua dah bersalah sebab gigit polis, nampaknya hukuman keatas beliau boleh mengakibatkan beliau kehilangan status sebagai Ahli Parlimen. Adalah satu pilihanraya kecil lagi. Agak aku Datuk Zaid Ibrahim akan menjadi calun Parlimen Batu. Apa-apa pun ada tempoh merayu untuk Tian selama 2 minggu. Harapan agar dikurangkan hukuman beliau dan beliau tetap menjadi YB untuk kami.






Terlambat sikit nak update pasai umah terbuka aku pada sabtu minggu lepas, sememangnya agak penat nak buat open house ini tetapi apabila kawan-kawan datang penat tue dah jadi seronok pula. Alhamdullilah, ramai yang datang, dari keluarga sebelah aku dan isteriku, rakan-rakan dan juga jiran-jiran. Menu [ada hari itu adalah makaroni goreng, laksa johor dibuat oleh Mak Mentua aku. Kuih muih seperti cucur badak dan pulut sri muka disponser oleh Mak Ngah aku. Sate ditempah daripada Kasim Sate (Sentul Mari). Luar dan dalam rumah penuh sesak bermula pada pukul 3pm sehingga 7pm. Selepas Mahgrib, beberapa orang rakan datang lagi dan last tetamu yang hadir adalah MR. Billy dan tunang, majlis tutup pada pukul 12.30am. Terima kasih bebanyak kepada semua yang hadir.Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga sebelah isteriku yang paling banyak membantu dalam menjayakan open house ini. Tahun depan, ada rezeki lebih, kami buat lagi. Insallah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan / Encik / Cik

Jemputan Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri dan Sambutan Kelahiran Fatihah Najwa Bt. Khairil Azuar

TARIKH : 03/10/2009 (SABTU)

MASA : 2.00pm HINGGA LEWAT MALAM

TEMPAT: BLOCK 211-8-7 JALAN DATO' SENU 26, TAMAN SENTUL UTAMA, 51000 SENTUL KUALA LUMPUR

Semoga Dengan Kehadiran Tuan/ Puan / Encik / Cik Dapat Menyerikan Majlis Ini.

017 - 203 6049 (Khairil)
012- 589 6049 (Hasnani)


Lebih kurang 2 hari lagi, umat Islam yang berpuasa akan merayakan kemenangan mereka pada bulan Syawal ini. Terasa cepat benar masa berlalu, tup2 dah nak dekat habis dah kita berpuasa. Sempena Hari Raya yang mulia ini, Kami sekeluarga (aku, isteriku dan anakku) menggucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin atas apa-apa sahaja kesalahan yang kami sengaja dan tidak sengaja yang kami lakukan kepada yang mengenali diri kami ini. Ikut tahun ini, turn balik Penang pula, petang ini kami aku pulang dan raya yang ke-5 kami akan bertolak pula balik ke Johor. Semoga perjalanan kita akan dilindungi oleh Allah S.W.T pergi dan balik.

Perniagaan kerepek kami cukup sukses, dengan penjualan dan tempahan yang cukup menggalakan. Rezeki kami raya ini amat baik sekali (Alhamdullilah), kemungkinan kami akan buat open house untuk berkongsi bersama-sama dengan rezeki yang kami dapat. Terima kasih buat para pembeli kerepek kami, tahun depan kemungkinan kami akan buat secara besar-besaran.


Agak sebuk sekali dalam bulan puasa ini nak update blog nie bukan apa aku dengan isteriku dah buat bisnes untuk mencari duit lebih untuk hari raya ini, jual kerepek. Aku ambil secara bundel kat Sepang dan pack semula dan jual kat bawah flat aku, sambutan agak memuaskan dan ada juga yang nak tempah, kira Alhamdulillah. Sabtu dan Ahad pula dalam masa 2 minggu ini, aku dengan keluargaku balik Penang dan Johor untuk berbuka puasa dengan keluargaku dan keluarga mentuaku. Sabtu dalam minggu ini pula nak pergi ambil stok kerepek baru, agak kelam kabut sikit dalam bulan puasa ini. Kami sekeluarga sudah sepakat akan mengadakan open house pada 3/10/09 ini, pengumuman secara rasmi akan diumumkan tidak berapa lama lagi. Diharap member-member lama akan berhimpun kat umah aku ini. Istimewanya open house ini ialah bukan sahaja untuk menyambut hari raya malah menyambut setahun hari kelahiran anak kami, FATIHAH NAJWA .........

Isu pemindahan kuil agak panas di negeri Selangor. Perarakan membawa kepala lembu amat aku kecam, bukan sahaja tidak menghormati agama Islam itu sendiri malah agama orang lain juga. Bayangkanlah isi yang ada dalam kepala lembu itu boleh dimakan tetapi segelintir manusia yang beragama Islam yang cukup emosi dalam mengheret kepala lembu yang masih berdarah sambil memijaknya cukup aku katakan BODOH. Rezeki menerusi binatang yang halal yang Allah S.W.T berikan kita perlakukan sebegitu. Begitu juga terdapat agama lain yang menyimbolkan lembu itu adalah suci. Ajaran agama Islam tidak mengajar umatnya mencaci agama lain, sedihnya kita telah menampakkan keburukan agama kita kepada orang bukan agama Islam, bagaimana orang yang bukan beragama Islam agak tertarik dengan ajaran Islam jikalau orang Islam itu sendiri tidak menunjukkan sifat agama Islam yang sebenar.

Bersyukur pemindahan kuil ke seksyen 23 dibekukan, nampaknya penduduk disana membantah, jadi MB Selangor perlu menghormati pendirian mereka. Carilah tempat yang majoriti beragama Hindu. Parti politik lain jangan dok melagakan isu ini, ini isu sensitif.


Hari ini, big bos arahkan aku dengan Mr. Khairuddin pergi ke tapak projek landskap di Proton City, Tanjung Malim. Aku kena buat pemeriksaan jumlah dan keadaan pokok di Proton City. Kira punya kira dan periksa punya periksa, akhirnya selesai juga. Luas juga kawasan Proton City, UPSI pun sewa juga ruang di Proton City.



Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan Tok Guru Nik punya kenyataan adalah salah. Bagi aku pihak Majlis Fatwa perlu berjumpa dahulu dengan Tok Guru untuk memberi penjelasan tentang kenyataan beliau, bukan dengan membuat keputusan tanpa siasatan dengan lebih lanjut. Majlis Fatwa perlu bebas dan jangan dijadikan tunggangan pihak orang politik untuk kepentingan peribadi.


Dah banyak hari nie, aku tak update blog, bukan apa kena diarahkan oleh big boss ambil pokok kat nursery Pak Ya kat Padang Besar, Perlis. Bertolak hari isnin, bermalam kat hotel Federal, Kangar. Esoknya terus pi jumpa Pak Ya, ambil pokok. Ini bab yang paling aku suka, lepas kerja dalam pukul 1pm, lepak sat kat Stesen Kecil FRIM di Perlis, tunggu Pajero. Kami nak pi sempadan, apa lagi nak shopping ler. Sesampai kami kat sana, terus serbu kat Kompleks Bebas Cukai, kelabu mata jadinya, banyak jersi. Murah pulak tue, yerla mai pun dari Siam. Aku pun membeli sakan ler, jersi dengan T-Shirt untuk isteriku dan anakku. Kakak dengan Abang Ipar aku pesan jugak. Semua fan Man U. Raya nanti tinggal beli seluar jeans sahaja. Apa lagi serbu Danau Kota lerrrr.

Pilihanraya yang ke- 8 menemukan Pas dan UMNO. Berentap sakan ler, nak tengok rakyat sokong mana lebih. Jangan lupa, pada 25 Ogos nanti, rakyat kat Permatang Pasir, pilih baik-baik calon anda, yang Ustaz ka atau Peguan yang dilucutkan keahlian dalam Majlis Peguam. Kesian pula aku kat YB Padang Serai, dah lah kena belasah, terlondeh seluar kat orang ramai pulak. Perikemanusian ler sikit beb. Dengar cerita, kat Kedah pun nanti ada pilihanraya kecil gak, sebab displin dan terus langgar peraturan dewan. Surat telah dihantarkan ke SPR, tunggu jawapan SPR sahaja.


Al-Fatihah buat Arwah Ustaz Asri dari Kumpulan Nasyid yang cukup top sekali iaitu Rabbani. Agak terkejut juga tentang berita kematian beliau, beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai. Beliau merupakan tulang belakang Rabbani. Begitu berpengalaman dalam bidang muzik nasyid ini, sebelum tertubuhnya Rabbani, Nadamurni merupakan sebuah kumpulan nasyid yang pernah dianggotai beliau. Munajat lagu kegemaran aku waktu itu. Pergi beliau tidak kembali, lagu ini selalu dimainkan oleh beliau dan rakan-rakan, ternyata mati itu benar, dan sakit itu cuma penyebabnya sahaja. Semoga beliau akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah. Semoga setiap dakwah beliau melalui nyanyian selama ini dapat diterima oleh Allah S.W.T.

Isteriku selalu bercerita tentang blog seorang pengacara yang cukup glamour ini. Aku pun cubalah mencari blognya di alam maya ini, akhir dapat juga. Alangkah terkejutnya dengan bahasa-bahasa yang ditaipkan oleh si pengacara ini, kebanyakannya begitu Kurang Hajar sekali. Bukan apa, sepatutnya beliau menjadi ikon kepada kita. Artis ini orang minat lebih kepada guru agama. Aku labelkan pengacara ini sebagai tidak bertamadun.

Pertikaian mengenai arak telah berlarutan tetapi isu ini segera dimatikan oleh MB Selangor, keputusan telah dibuat dan semua orang menghormatinya. Pendamaian antara Ronie Liu dan Hasan Ali telah pun selesai petang tadi. Inilah yang aku suka tentang Pakatan Rakyat, mereka bertengkar kerana menegakkan hak masing-masing, kemungkinan ada yang tidak faham tentang konsep berlainan bangsa, tetapi mereka tidak berdiam diri, mereka akan menegakkan hak mereka, tetapi diingat, bukan mereka bergaduh. Ini juga tidak bermakna Pakatan Rakyat ini tidak serasi kerana berlainan fahaman tetapi dengan berlainan fahamanlah membuatkan mereka lebih erat kerana dapat menyesuaikan dengan cepat fahaman orang lain. Jikalau dapat memerintah negara kelak, pasti akan senang. Pemerintah contohnya, walaupun banyak parti kompenan, mereka nampak tunduk kepada UMNO, semacam setuju dan hati, siapa yang tahu, sekali gunung berapi meletup, kacau bilau jawabnya.

Pagi kelmarin, dalam pukul 10.30, aku dengan isteriku dan anak pergi ke IKEA. Hasrat hati kami nak beli 'high chair' untuk anak kami. Malangnya nasib, kena tunggu lepas sale baru stok yang kami nak itu akan dijual. Beli barang lainlah, alang-alang dah pi sana. Agak menarik jugak, siap ada showroom dan barangan yang pelik-pelik. Tapi aku rasanya perabot kat situ mahal jugak, kedai perabot tepi jalan lebih murah kot. Lepas itu, makan kat Kluang Station kat Ekano. Najwa asyik nak mengorat lelaki je nie, test dia mat bangla. Jangan esok besar nanti, ikut mat bangla pula. Singgah kejap beli barang kat SOS. Lepas kat IKEA, pi kat kuarters sepupu isteriku kat TUDM Subang. Ada lepak kat sana dalam 1 1/2 jam. Ingatkan nak balik rumah terus, tapi isteriku cakap pi Pasar Malam kat rumah sewa dia masa bujang kat AU 2. Isteriku cakap ada Jusco baru buka kat sana. Belanja lagi, Mega Sale sekarang nie, apa lagi, beli pakaian raya aku. Ada la jugak pakaian untuk anak dengan isteriku. Lepas tue, singgah kejap kat Pasar Malam. Ikan-ikan 'fresh' dan murah, beli ikan mayong, tenggiri dan sotong. Pagi nie, isteriku masak asam pedas mayong (sedap woooo). Habis kepala ikan mayong aku makan .........

Dengar ceritanya ada tapisan untuk internet. Gila apa, semuanya nak tapis. Internet nie saluran maklumat, kalau ada yang nak layari laman yang tak senonoh itu terpulang kat mereka. Kita kena bagi kempen kesedaran, bukan dengan tapisan. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahadet pun tak berapa nak setuju, yerla dia kan tengah gila blog sekarang nie. Tapi para blogers tak payah risau, dengarnya blog tak akan ditapis.


Penyair ini bukan sahaja 'TOP' di Indonesia tempat asal beliau tetapi juga di Malaysia. Karya beliau sering disairkan oleh penyair-penyair yang ada di Malaysia ini. Kini sairnya hanya tinggal kenangan kerana beliau telah pergi untuk kita selama-lamanya. Arwah Pak WS Rendra akan menjadi kenangan sebagai pejuang sebagai penyair. Kehilangan beliau tiada galang ganti, Indonesia mungkin bersedih atas kehilangan beliau. Apa nak buat, MATI ITU BESAR, pastinya ia akan datang. Semoga roh beliau akan disemadi bersama-sama golongan yang terpilih dari sisi Allah S.W.T.

Hari ini analisa untuk projek DBKL dengan tempat kerja telah siap jadi siaplah pening aku. Tugasan baru kena buat laporan tentang kerja-kerja 'survey' aku untuk Taman Bamboo kat tempat kerja aku. Aku cakap kat Pegawai aku, hari isnin aku hantar, dah tulis secara kasar laporan tue, tinggal nak taip sahaja dalam komputer, lepas tue hantar tanpa rasa ragu-ragu.

Pak Najib suruh rakyat Malaysia jangan dok berjalan kat orang ramai sangat. Wabak H1N1 nie dah jadi semakin parah, ramai dah meninggal dunia. Kita apa lagi, cubalah buat solat hajat dan berdoa agar wabak ini segera dipulihkan. Ini antara ujian dan amaran kepada kita, selama ini kita lalai dengan keseronokan duniawi. Tapi ada yang tak sedar-sedar lagi, dok asyik lagi.


Di Selangor, riuh sekampung rasa tak puas hati PAS Selangor dengan salah seorang exco Kerajaan Negeri kerana dikatakan secara memadai buat arahan. Aku puji atas sikap kepimpinan PAS Selangor dengan tegas supaya mengharamkan arak ke atas orang Islam, diulangi ...... orang Islam jadi yang bagi bukan beragama Islam kena faham perkataan diatas. Jangan jadi hero sebab ianya termaktub dalam ajaran agama Islam yang arak itu haram. Maka berkekoklah pihak pembangkang di negeri Selangor, kalau dulu semasa menjadi pemerintah tak pula nak haramkan benda alah nie, tapi bila gesaan pihak Pas Selangor, barulah nak sokong. Ini macam ada dipolitikkan oleh mereka kerana pertikaian ini antara PAS Selangor dan salah seorang exco dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Jangan politikan isu agama, ini kerja wajib dibuat oleh semua orang Islam. Sila contohi kepimpinan di Kelantan, bagaimana mereka membenteras Arak dan Judi. Makluman kepada semua Arak merupakan ibu kepada segala kejahatan, aku cukup yakin semua agama pun tidak menyukai penganutnya meminum arak. Tak salah rasanya kalau kita haramkan terus dan tutup kilang arak yang ada kat negeri Selangor nie ....... kan kita nie Negara Islam. PAS Selangor cakap haramkan penjualan arak di tempat yang ramai penduduknya orang Islam, jadi kalau sesiapa yang nak beli sangat, pi lah beli kat tempat yang jauh sikit. Terus perjuangan ini ..... kalau exco tue tak setuju ..... peduli apa ..... MB Selangor jangan tunduk kepada beliau ...... buat keputusan seperti orang Islam, perjelaskan kepada exco tersebut.

Hari ini ada pelawat datang kat taman tempat kerja aku, tak ramai hanya dalam 15 orang sahaja. Kenalah buat kerja-kerja memindahkan pokok dan menanam pokok. Baru hangpa tau macam mana susahnya nak tanam pokok. Label pokok semuanya dah siap. Lega aku nie ........

Jeff Ooi! Cepat-cepatlah minta maaf kepada JIM. Ketua hang pun dah gesa suruh minta maaf. Hang nak bergaduh dengan Mamat tue, itu semua peribadi punya kes. Ini pasal agama jadi kena sensitif sikit. Pemuda Sosialis DAP pun suruh minta maaf. Jangan berpanjangan, nanti lagi kami marah.



Jeff Oi iaitu ahli Parlimen Jelutong perlu berhati-hati apabila berkata-kata, ini bukan setakat main-main, ini pasal satu pertubuhan yang memperjuangkan agama Islam. JIM ataupun Jemaah Islah Malaysia telah dituduh oleh Jeff Oi sebagai Pelampau Agama. Sikap Jeff Oi ini boleh mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ingatlah, Jeff Oi adalah dalam Pakatan Rakyat, ini juga akan dipolitikan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat. Setiap kata, kena fikirkan dulu, bukan main keluar sahaja. Dah lama aku dok tengok gelagat mamat Jeff Oi, jangan sampai dilabelkan anti agama Islam pula. Kita dalam satu Malaysia perlu hormat antara satu sama lain, paling pening hormat agama yang dianuti oleh seseorang. Isu sensitif begini perlu ditanggani segera, Jeff Oi belajar dari pemimpin-pemimpin cina yang lain seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau siapa sahaja yang ada dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sesekali akan menggeluarkan kenyataan berkaitan dengan agama. Jeff Oi .... orang muda .... kami pun orang muda ...... ada darah muda ...... nak menunjuk-nunjuk tapi biar kena pada tempat.


Hari ini agak sebok di pejabat, kena buat label pokok untuk Taman Herba yang baru siap. Esok ada pelawat nak mai melawat sekitar taman. Pagi-pagi kena sambung buat kerja Projek DBKL, kena analisa data, lepas siap, kena buat label pokok, tak siap lagi, esok sambung balik.


Cerita demo hari sabtu lepas tak habis lagi, ada manusia cuba cari kesempatan. Ada sesetengah persatuan peniaga nak minta ganti rugi dengan GMI. Bukan sikit ratusan juta pula itu. Siapa yang duduk cucuk nie, bukan sekali dua buat demo. Dah banyak kali, dulu diam sahaja. Siapa yang suruh tutup kedai? Sapa yang dok lepas gas dan meriam air? Jawab jangan tak jawab.


Hari ini agak geram hatiku terhadap seorang kakak kat tempat aku, bersikap terlalu perkauman. Benci pulak aku, mengapa perlu ada sikap tersebut dalam diri sendiri. Sifat yang ditanam dari zaman penjajah hinggalah zaman selepas merdeka. Bayangkanlah nak vote untuk 'short film' pun cari filem melayu, tak mau filem cina walaupun bermutu tinggi. Tetapi aku rasa tak semua manusia di Malaysia ini bersifat perkauman, malah mereka telah berubah sama sekali, dengan suasana politik di Malaysia ini, mereka telah buka mata. Slogan 1 Malaysia perlu dihayati, bukan dek kerana hanya semata slogan, yerlah .... setiap Perdana Menteri pasti ada slogan sendiri. Perlu ada perubahan kerana kita berbilang kaum, perlu ada tolak ansur dan hormat-menghormati.

Hari Suhakam membawa pukulan padu kepada pihak berkuasa kerana bertindak melulu dengan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air. Mereka juga dikecam kerana melanggar akta kanak-kanak dengan mengari mereka. Mereka juga menggesa pemerintah untuk memansuhkan ISA. Mereka juga mengakui hak untuk berhimpun dalam menyampaikan suara rakyat. Wayang dari pemerintah menerusi media mereka tidak akan habis-habis untuk mencari jalan untuk rakyat membenci, manusia-manusia yang berhimpun untuk menentang akta yang kejam itu.


Tengah hari semalam, aku, isteriku, najwa, stonkoi dan ina telah sampai di Putrajaya untuk pergi ke Festival Landskap dan Taman anjuran Perbadanan Putrajaya. Agak menyeronokan dan teruja tetapi kami sampai dalam keadaan cuaca yang panas. Banyak syarikat-syarikat landskap yang menyertai dalam festival ini, nampaknya apa yang aku nampak, rakyat Malaysia sememangnya suka akan keindahan alam. Kami tak lama di sana sebakan cuaca yang panas. Kesian pula kat Najwa, dah lah gelap sebab main kat pantai bulan lepas, kena panas, lagilah.

Sebelum kami pi festival di Putraja, kami terlebih dahulu pergi ke Jualan Gudang Pureen. Ramai sangat, dah lah susah nak dapat 'parking'. Terpaksalah 'parking' kereta kat kubur. Apabila barang murah maka ramailah yang serbu, semua kaum ada. Kami berbelanja untuk barangan najwa lebih kurang RM150, tetapi berbaloi sangat sebab banyak barang dibeli dan boleh buat stok untuk beberapa bulan. Jenama Anakku ada juga buat Jualan Gudang di Kampung Jawa, Klang. Harap-harap buatlah selalu.

Himpunan ISA sudah dilangsungkan. Media Pro-Pemerintah semakin hari semakin membuat hentaman kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan peniaga telah kerugian dan Perdana Menteri nak sediakan tempat untuk berdemo maka bagi pendapat aku, ini adalah satu yang baik. Maka Suara Rakyat akan didengari, himpunan ini bukan suara minoriti bagi aku, kalau pemerintah memberi permit, aku percaya, pemerintah akan terkejut kerana tidak percaya jumlah yang hadir. Aku pernah bertanya kepada rakan Pratikal dari Perancis, di sana ada tak demo, beliau jawab kerap sekali, dan aku tidak percaya demo baru sehari boleh melumpuhkan ekonomi negara. Perancis negara maju apa .........


Beginilah gambaran yang dapat dipaparkan di himpunan Anti-Isa di sekitar Kuala Lumpur. Ada orang cakap 100 ribu, ada orang cakap 80 ribu dan Malaysia Kini melaporkan 20 ribu orang, tetapi esoknya di surat khabar pasti hanya tak sampai 2 ribu orang. Mungkin Pro-ISA pasti tak sampai 100 orang. Himpunan ini nampak berjaya, kerana kalau tidak ramai yang ditangkap pasti lebih ramai dalam himpunan ini. Apa pun berapa banyak himpunan dilakukan kalau tiada apa-apa tindakan dari pemerintahan ianya akan menjadi sia-sia. Pemerintah sepatutnya kaji ISA ini dari sudut Agama Islam kerana kata kita nie sebuah negara Islam. Nak tahan orang tak salah kalau mempunyai banyak bukti dan di adili dengan sewajarnya tetapi tahan tanpa bicara itu merupakan satu tindakan yang berlawanan dengan perjuangan Islam dalam undang-undang.

Hari ini juga, isteriku dengan senang hati pergi shopping di MidValley. Aku malas nak cakap, dengan suasana di himpunan pasti jalan akan ditutup serapatnya oleh pihak berkuasa. Jadi pasti kesesakan yang turut akan berlangsung. Jadi bila dah terperangkap dalam kesesakan, barulah nak menyesal. Penat lebih pada seronok.

Pagi ini pergi beli gula sebab kat rumah dah habis. Carilah banyak kat kedai bawah rumah aku, semuanya tak ada. Adalah satu kedai nie, tapi kena beli barangan lain sebab dia beli gula tersebut dengan harga RM1.50 dan kena jual dalam harga itu juga jadi tiada untunglah. Isu gula habis ini dah lama dah, kerajaan cuma berani memberi amaran kepada pemborong sahaja tanpa apa-apa tindakan yang cukup keras. Semacam pemborong lagi berkuasa dari kerajaan. Juga isu barang naik semasa minyak naik, harga minyak dah turun tetapi barang tetap harga semasa naik. Pikirlah sendiri fenomena harga barang di Malaysia. Memalukan .....


Tengah hari tadi telah berlangsungnya road block secara besar-besaran, almaklumlah esoknya akan berlangsung acara anti ISA dan pro ISA akan beraksi dan berlumba-lumba ke Istana Negara untuk menghantar memorandum yang menyokong dan menentang akta ISA ini. Agak sesak disebabkan 3 lorong berubah menjadi 1 lorong. Sudah menjadi kebiasaan, bila demo BERSIH dan Anti PPSMI juga pak polisi akan melakukan sekatan jalan raya. Pak polisi sekarang ini, kemungkinannya tidak akan dapat bercuti, cutinya telah dibekukan. Dicairkan kemungkinan hari Isnin ini. Esoknya pasti beribu pihak polis, PGA dan FRU akan bekerja keras untuk mengekang 2 kumpulan yang tidak bersempendapat tentang Akta ISA. Pastinya rakyat Malaysia yang tidak gemarkan demo dan atas pagar ini akan menyatakan bahawa manusia-manusia yang akan pergi demo ini merupakan manusia yang menyusahkan orang lain tetapi mereka perlu sedar yang para pedemo ini telah menurunkan harga minyak, walaupun sedikit demi sedikit dan dapat menyelamatkan anak murid dari terus di ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Apa-apa pun diharap demo ini akan menjadi demo yang aman dan tidaklah ada pergaduhan dan huru-hara. Dalam pengalaman yang lepas demo BERSIH dan sebagainya semuanya dalam keadaan aman.

Bekas YB Pak Hamdan telah pergi meninggal kita buat selama-lamanya pagi tadi. Bekas ADUN Permatang Pasir yang di bawah Parlimen Permatang Pauh ini telah menghembus nafas terakhir di IJN. Marilah sama-sama kita membaca Al-Fatihah sambil bersedekah kepada beliau. Maka dengan permergian Pak Hamdan akan adalah satu pilihanraya kecil. BN nampaknya telah membuat keputusan akan bertanding, kerana mahu menghabiskan wang yang telah kembali banyak sebab di Penanti tiada wang. Baru nak lega di Manek Urai kini, tertumpu pula di Permatang Pasir. Itu kubu kuat PAS dan PKR dan aku rasa tidak jadi masalah untuk Pakatan Rakyat menang. Apa-apa pun Selamat Berjuang .....





Petang tadi aku bersama-sama Mr. Mark dan Mr. Khairul telah pergi ke Hutan Lipur Kanching untuk membawa budak pratikal Mr. Germain Hello. Hasrat kami hanyalah untuk menunjukkan kat budak pratikal ini tentang hutan hujan yang wujud di Malaysia ini. Beliau begitu terkejut dan teruja dengan keindahan hutan di Malaysia ini, jauh berbeza dari hutan yang wujud di Perancis.


Hutan Lipur ini terletak sebelum Bandar Rawang, ini pertama kali aku sampai ke sini setelah 6 tahun menetap kat Kuala Lumpur nie. Daki sampai atas, jumpalah air terjun, apa lagi terjun jugaklah kami. Sejuk betui tapi Mr. Germain tak mau join sekali, pedulilah, asalkan kami puas. Hari ini hari terakhir Mr. Germain buat pratikal kat tempat kerja aku. Beliau kata nak mai Malaysia nie, 5 tahun lagi. Apa pun best, dapat berkawan dengan Mamat Orang Putih nie.


Apalah sebabnya, negara yang dikatakan Negara Islam ini, banyak company perjudian, yang sedihnya orang-orang besar yang memimpin company tersebut datangnya dari Orang Islam sendiri. Malu beb kat orang agama lain. Dahlah tue, yang main pun ada jugak orang bukan Islam. Tempat kerja aku contohnya, orang selalu bertengkar dengan penyokong pembangkang tentang ketuanan melayu, dialah paling banyak main ekor. Pemerintah pun satu gemar sangat buka 'special draw', kurangkanlah, lepas tue tutup terus. Pemimpin paling atas orang Islam, pasti dia tau yang main judi nie haram, apa agama pun haram. Jadi adakah pemimpin-pemimpin yang gemar meluluskan pusat perjudian ini akan menanggung dosa. Tiada sebab, untuk ekonomi negara kita menghalalkan benda yang tersedia haram.........

Ini bukanlah gambar sebenar kerja-kerja pembinaan Taman Herba di tempat kerja aku. Lupa nak bawa kamera jadi ciloklah sapa-sapa pun gambar kat google nie. Minggu nie, rakan-rakan sekerja agak bekerja keras untuk menyiapkan sebuah Taman Herba hasil ciptaan budak pratikal dari Perancis ini, Mr. Germain Hello. Esok mungkin dah siap kot, beliau punya rekaan taman. Nampaknya tadi dah 90% dah siap, tinggal pokok lidah buaya sahaja yang belum ditanam. Esoknya, Mr. Markandan akan bawa Mr. Germain Hello ke Templer Park untuk menengok hutan hujan tropika Malaysia ini. Hari ahad mamat Perancis ini akan pulang ke negara dia balik. Beliau dapat banyak perkataan-perkataan bahasa Malaysia tapi kami sepatah haram tak tau nak cakap bahasa Perancis. Hari ini juga, isteri aku 'call', ada berita gembira, apa yang kami harapkan sudah dapat, dan ianya akan menyelesaikan masalah kami (Mulakan Hidup Baru) ...............


Berita dari kes mediang Teoh yang dikatakan jatuh dari bangunan kat Shah Alam tue, ada petunjuk baru. Ada 2 kesan DNA di pakaian mediang. Semoga petunjuk ini dapat merungkaikan segala misteri dek kematian beliau. Tuduh-menuduh yang dilemparkan oleh pembangkang dan pemerintah akan terjawab. Pembangkang cakap orang kerajaan yang tolak manakala orang pemerintah cakap orang pembangkang yang tolak sebab nak hapus bukti. Walau bagaimanapun, kita harap siasatan ini dalam keadaan adil yang tidak sebelah siapa-siapa. Keluarga mediang Teoh pun dah jumpa hero '1 Malaysia', Pak Jib yang tersayang. Moga-moga ada belas kasihan dari Pak Jib untuk keluarga mediang.


Aku terbaca blog ustaz paling aku suka iaitu Ustaz Asri Zainul Abidin. Beliau mengesa Majlis Fatwa segera fatwakan akta ISA ini adalah haram ataupun tidak. Ini perlu sangat kerana, segala masalah perlu dirujuk dengan agama juga akhirnya. Biar semua mulut terdiam apabila ada fatwa berkenaan akta kejam ini. Bagi aku Majlis Fatwa dan Mufti perlu bergerak sendirian, bukan dibawah pemerintah kerana ianya akan dipolitikkan. Para Mufti di Malaysia ini pun semacam takut bersuara, apabila timbul berkenaan nak mempertahankan pemerintah, barulah mereka bersuara, itu pun macam hentam sajalah. Kita perlu ada ulama yang berani, walaupun kita tegur itu dari parti yang kita sokong. Ingat apa yang salah tetap salah dan kita wajib membetulkannya. Cadangan Ustaz Asri memang perlu di pandang serius oleh Majlis Fatwa, wajib kita membendung akta yang berat sebelah ini.

Hari ini isteriku marah-marah aku, ingatkan sakit matanya tak baik lagi, jadi aku suruh lah pi jumpa doktor, tup-tup doktok cakap isteriku sengaja nak ambil MC. Apa lagi, mengamuk isteriku kat aku. Dah lah yang masa dulu pun kena perli gak sebab mintak MC (masa tue memang tak sakit). Dah lah doktor tue macam Ustaz jea, kena ceramah ler isteriku ini. Apa nak buat dah nasib badan. Tak reti berlakon, nak buat macam mana.

Kat Malaysia nie, H1N1 memang menyerang tak kenai orang. Sekarang nie menyerang IPTA pula, macam ada mata pula wabak nie, tahu pulak budak UPM nak cuti, jadi depa cuti awai ler 2 minggu ini. Setakat nie dah 3 orang meninggal dunia disebabkan wabak nie kat Malaysia yang tercinta ini. Kat Singapura dah 5 orang. Ada surat khabar cakap tak membimbangkan wabak ini menyerang Malaysia, bagi aku nak tipu budak tadika boleh lah.

Rosmah selaku Canselor UNISEL telah dipertikaikan, bukan sahaja Pemuda Pakatan Rakyat malah para pelajar dan pensyarah juga mengiakan yang beliau tidak layak. Seingat aku hanya 1 orang sahaja yang angkat tangan bersetuju mengekalkan Rosmah menjadi Canselor UNISEL dalam satu majlis satu ketika dulu bersama DSAI. Apa kelayakan Rosmah dalam 'background' pendidikan sehingga boleh menjadi seorang Canselor??????


Semalam, isteriku telah dijangkiti kuman yang menyebabkan sakit mata, merahlah kedua-dua matanya, pagi nie pergi doktor, bagi MC satu 1 hari saja, katanya tak teruk sangat tetapi isteriku nie sangat rajin, bagi MC, pi kerja lagi, balik rumah pukul 5pm. Wabak ini boleh dijangkiti, jadinya kena kurantin di rumahlah jawabnya. Esok pagi, aku suruh isteriku nie pi kat Klinik Ikhwan, mana tau dapat MC lebih sehari. Mentua aku kat Johor sememangnya tengah membawa wabak sakit mata nie, tak terlintas kat fikiran aku boleh sampai kat Kuala Lumpur nie, kena kat anak dia pula (melawak saja). Mungkin kena masa pi kenduri kot, sebab ada orang sakit mata dan isteriku pandang dia kot. S n P rumah aku yang nak beli nie, dah jumpa, peguam kami yang salah, pi bagi kat bank yang copy saja, bukannya yang original. Prosuder bank yang kami apply nie nak S n P yang original. Selamat jumpa, harapannya tiada masalah lagi, peguam bank cakap ini last kerja, lepas S n P bagi kat bank, bank akan bagi cek kat pemilik lama rumah aku. Masalah selama 2 tahun akan selesai, Mudah-mudahan ...........

Kg. Buah Pala telah dipolitikan, datang pula sebuah parti hero yang sememangnya telah ditolak oleh kaum India dan kini mahu menyelamatkan Kg. Buah Pala dengan pembeliaan sebanyak lebih RM 3 juta. Apa kata duit-duit itu semua gunakan untuk bagi balik duit-duit kepada pelabur-pelabur dalam sebuah syarikat yang pernah ditakbirkan oleh mereka. Kebanyakan para pelabur terutama kaum India merupakan datangnya dari yang berpendapatan rendah. Apa kata kalau Kg. Buah Pala ini terletak di negeri yang bukan diperintah oleh pembangkang, adakah mereka berani nak jadi hero? Adakah mereka yang berlagak sebagai hero ini, hanya berani di negeri pembangkang? Mereka seolah-olah hendak mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan yang ditakbir oleh pembangkang jadi lu fikirlah sendiri .....

Hari ini akhbar Kosmo telah memaparkan kisah Arwah Yasmin Ahmad, dari striker boleh ke pengarah tersohor, dan aku terbaca dalam Malaysia Kini, anak Tun Mahadet agak tidak senang dengan laporan akbar tersebut. Marina Mahathir nampaknya merasakan bahawa laporan tersebut boleh mengaibkan si mati. Bagi aku, kita patut hormati orang telah pergi, ceritalah apa yang baik dari beliau sahaja, mana tahu cerita yang baik itu menambahkan lagi pahala beliau. Cerita-cerita peribadi beliau yang tidak baik, biarlah beliau dengan Allah sahaja, biar Allah yang menentukkan di mana kedudukan beliau. Jikalau beliau masih hidup, takpalah kita membetulkan beliau, ini beliau sudah pergi. Lupakan cerita beliau dahulu lelaki tukar menjadi perempuan ataupun beliau khunsa, paling penting, beliau tahu apa status jantina beliau. Kita yang masih hidup ini, munasabah diri, kalau cerita ini boleh jadi pengajaran kepada kita, kita patut betulkan diri dulu.

Al-Fatihah buat Arwah Yasmin Ahmad atas permergian beliau bertemu dengan Allah S.W.T. Beliau telah dimasukkan ke hospital tempoh hari dan malam semalam beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Beliau merupakan seorang pengarah yang cukup kreatif, filem-filem beliau seperti Gubra, Muhsin dan Sepet bukan sahaja mendapat anugerah di Malaysia malah juga di luar negara. Ucapan takziah buat keluarga beliau dan diharap beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang sememangnya dirahmati oleh Allah S.W.T. Banyak iklan Petronas yang kretif-kretif itu hasil sentuhan arwah, lepas ini kenalah cari yang kretif juga untuk filem dan iklan, kalau tak boringlah iklan di Malaysia nie. Iklan kat Malaysia ini tak sepintar iklan di Luar Negara, tak payah pergi jauh, tengoklah Thailand, iklannya ada unsur doube meaning, lawak dan bermacamlah.

Bekas MP Segamat dan Naib Presiden MIC iaitu SS Subramaniam telah membuat keputusan paling tepat untuk menyertai PKR. Nampaknya kini telah menjadi satu 'trend', apabila tiada tempat atau kalah dalam jawatan sesuatu parti pasti mereka akan mengalih arah untuk menentang arus menyertai pembangkang. Di dalam parti yang baru mereka masuk pasti aku diberi satu jawatan yang boleh dikatakan penting juga. Apa pun harus diingati oleh mereka, ingatlah pejuangan rakyat yang perlu diutamakan, bukannya mengejar pangkat atau harta.



Anak aku nie dah 2 hari demam, hari ini tak bermaya nampaknya, Mak Ngah aku sebagai Pengasuh Najwa, bagitau aku Najwa muntah-muntah dan lembik, jadi aku bergegas ambil Isteriku, bawa motor macam orang gila, beberapa kali nak terbabas, dan bawa najwa ke Klinik Ikwan, tak ada elekrtrik pula klinik dan kawasan sekitar, terpaksalah doktor suluh pakai lampu. Doktor cakap Najwa kembung perut, itu sebab muntah, ada batuk ngan selsema, pertama kali ini anak aku nie tak aktif, kalau tak jangan harap ada perkataan rehat baginya. Pagi tadi, kad ATM CIMB patah, aku send duit aku semua ke akaun MYBANK aku melalui CIMB Clicks, aku ingat dapat duit hari ini, alangkah malangnya, esok lepas pukul 9am, baru duit itu masuk ke dalam akaun, lembabnya bank kat Malaysia nie.

Kat tempat kerja aku pagi nie, berlaku isu papan tanda pemerintah menghiasi projek naik taraf masjid tempat kerja aku dan seorang Doktor Perhutanan nampaknya agak gelisih dek kerana ada lambang parti politik tetapi KP nampaknya memberi penjelasan bahawa ini nak bagitau sumbangan daripada mereka dan sudah pasti anda semua tahu bukan senang nak dapat sumbangan, jadi lepas pembinaan papan tanda tersebut akan dibuang. Bagi pendapat aku ini semua bukan satu isu, tapi kalau lambang kerajaan Malaysia diletakkan mengantikan lambang parti politik, itu lebih baik.

Hari ini GMI telah mengumumkan DSAI dan TGNA bersama-sama dengan TGHA akan menyertai demontrasi bantah ISA pada 1hb Ogos ini, maka ramailah yang dijangka akan hadir di demontrasi tersebut. Selepas kenyataan GMI. Pro-ISA pula membuat kenyataan bahawa 2 lagi NGO akan menyertai mereke iaitu PERKASA dan Persatuan Seni Silat Lincah. Maka sama-samalah bersilat wahai para pedemontrasi jikalau bertembung. Masih tiada lagi cakap-cakap dari pihak Polis tentang demontrasi ini. Semua sebuk pasai kes SPRM. Kini Suara Di Jalanan kita telah diterima oleh manusia yang dahulunya menentang habis-habis, yang kata suara jalanan buat orang yang tidak bertemadun maka mereka kita telah meludah ke langit dan terkena batang hidung sendiri dan menjadi orang cukup tidak bertemadun.

Hari Ini cukup memboringkan itu aku ini, tiada kerja nak buat kat opis tue. Minggu nie jugak aku selalu tension lantas menjadi orang yang panas baran. Banyak benda yang tidak kena, semua membuat diri hampa, perkara yang ingat nak boleh selesai, tak selesai-selesai lagi, dah berlarutan dengan dekat 2 tahun dah, susah sangat nak selesaikannya.

Ada kebakaran telah berlaku di Flat PPR Batu Muda di Parlimen Batu dibawah jagaan YB Tian Chua. Mangsa sekeluarga telah ditempatkan di dewan orang ramai flat tersebut. Diharap ada bantuan disalurkan. Sebarang Pertanyaan boleh call 019-226125 (Hishamudin).

Pagi ini ada satu perbincangan penutupan ISO, tak lama perbincangannya, big bos nampak macam nak cepat ja, mungkin beliau nak berlepas ke Johor. Selalunya para pekerja kat KBG nie, kalau bosnya 'out station' pasti hidupnya seronok sekali. Apabila kucing tiada pastinya tikus berkeliaran di merata tempatlah jawabnya. Petangnya ada sesi taklimat pasai 5 S. Satu sistem mengemas barang-barang di tempat kerja dan juga kebersihan persekitaran. Agak nampak remeh dan juga sistem ini diambil dari Jepun. Banyak positifnya daripada sistem ini, tapi blah cepat, agak boring, nanti aku study sendirilah dari informasi internet. 5 S adalah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal. Dah gila pasai ISO kena pula buat benda baru. Logo ini diambil dari UKM kot, aku tak pasti.

Ku Li nampaknya tidak selari dengan perjuangan UMNO sekarang, pendapat beliau banyak bercanggah dengan apa yang para pemimpin UMNO buat sekarang ini. Pendapat Zaid Ibrahim menyarankan Ku Li 'joint' Pakatan Rakyat sedikit sebanyak membuatkan para UMNO tidak senang duduk, kalau dulu dibuatnya Ku Li seperti Quran Buruk, kini memujinya kembali. Jikalaulah Ku Li ini bukannya Ahli Parlimen, sudah pasti Ku Li dipinggirkan dengan lebih teruk. Bagi pendapat aku, agak sukar untuk Ku Li keluar dari UMNO kerana beliau masih berpegang kepada Semangat 46.

Alhamdulillah, terbuka juga para pemimpin pemerintah untuk menubuhkan Suruhanjaya siasatan ke atas kes mediang Teoh. Semoga segala hasil siasatan itu dikemukakan kepada rakyat supaya kepercayaan SPRM dapat dipulihkan. Ada juga para pejuang pemerintah membuat demontrasi petang tadi di Ampang Point menyokong SPRM dan Polis, ramai sangat 60 orang. Pelikkan mengapa kalau UMNO pasti sedikit-sedikit sahaja, kalau pembangkang 300 orang itu paling sikitlah, Lu Pikirlah Sendiri Jawapannya.....

Tengah melayan Thailand vs Liverpool .....

Hari ini merupakan hari lawatan aku, Mr Azam, Mr Mark, Mr Germain dan diketui oleh 'big bos' kami iaitu Mr Adnan ke Putrajaya. Sengaja kami pergi ke sana untuk bawa budak pratikal seorang nie, Mr Germain yang berasal dari Perancis. Ternyata Mr Germain agak teruja dengan Putrajaya, dan beliau menggangarkan kerajaan kita habiskan banyak wang untuk Putrajaya. Tak pernah aku pergi ke Taman Botani Putrajaya, ternyata indah sungguh, seribu kali indah dari Taman Botani Kepong yang sedang dalam pembinaan ini. Aku teringin sangat nak ke Taman Botani di Singapura, khabarnya indah lagi di sana, yang sememangnya aku tahu, langskap di Singapura jauh lebih cantik dan kemas dari Malaysia. Mr Germain dah tahu cakap melayu, walaupun tak banyak ayat tetapi bolehlah dari kami yang dah keras lidah nak belajar bahasa Perancis.


Kes liwat Anwar telah berlanjutan sehingga ke hari ini. Pihak peguam bela telah mendapat kebenaran dari pihak Mahkamah untuk pendakwaraya memberi segala dokumen bukti kes liwat. Sekali dolak dalih oleh peguam pendakwa untuk mendapatkan tempoh lanjutan memberi dokumen-dokumen tersebut. Secara logiknya kalau semuanya sudah lengkap dan ada cukup bukti, mengapa perlu ditangguhkan, nampaknya ada keraguan disitu. Petang tadi juga DSAI telah membuat laporan polis berhubung dengan 'afidavit' palsu. Nampaknya sengketa antara DSAI dan Peguam Negara belum selesai lagi.


1 Ogos ini akan terjadilah sebuah demontrasi menentang akta ISA tetapi yang menariknya, demontrasi ini ada geng penentang dan geng mempertahankan akta kejam ini. Bagi aku ini sudah menjadi satu yang menarik, yang mempertahankan silalah pakai baju warna putih dan para penentang pakailah baju merah ataupun hitam. Selamat Berdemontrasi ......


Hari ini, betui-betui memenatkan badan aku, kena galas beg yang berat yang berisi alat DGPS. Sepanjang hari ini aku perlu menyiapkan kerja-kerja mengambil kiraan jalan di sekitar KBG untuk dimasukkan ke dalam peta kawasan Kepong Botanical Garden. Kerja sudah siap jadi kena edit dalam komputer terus bagi ke boss untuk dimasukkan ke dalam map info. Hari ini isteri aku tak berapa sihat, selsemalah pulak orang kuat dalam keluarga aku ini. Sudah pergi jumpa doktor, katanya ada kanser lidah. Kena banyak makan sayur dan buah. Semoga sihat kembali.

Hari ini merupakan hari pengebumian saudaraTeoh Beng Hock, yang telah didapati terjatuh dari bangunan SPRM di Shah Alam. Bunuh Diri? Pendapat aku tidak mungkin, orang dah nak daftar kahwin dan akan ada anak, tidak akan hendak bunuh diri. Walaupun bagaimanapun, Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan secepat mungkin, perlu ada ketelusan dalam penyiasatan. Salam Takziah buat keluarga mendiang. Kelam kabut dek kerana percaturan politik, disebakan politik sudah tidak kenal apa itu nyawa.

MU main lagi malam ini di Bukit Jalil bersama-sama dengan Pasukan Negara. Diharap kali ini permainannya lebih menarik lagi dari perlawanan hari sabtu minggu lepas. Perlawanan ini dikatakan kerana MU takut nak ke Indonesia dek kerana letupan yang berlaku di sana. Dengar-dengarnya, hotel yang meletup adalah hotel yang akan diduduki oleh budak-budak MU. Apa-apa pun diharap malam ini merupakan perlawanan yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Ucapan tahniah buat Pasukan Negara kita, walaupun kalah tipis dengan MU tetapi semangat juang mereka amatlah aku puji. Jikalaulah semangat dan cara permainan sebegini ditunjukkan, pasti di Laos kelak, Pasukan Negara akan mengampai kejayaan. Kesudahan perlawanan persahabatan semalam menyaksikan MU menyumbat 3 gol dan Malaysia membalas dengan 2 gol. Gol-gol MU dijaringkan oleh Rooney, Nani dan Owen, manakala kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya.


Bagi pendapat aku, pemain terbaik pada petang semalam patut dinobatkan kepada penjaga gol Malaysia. Setiap serangan MU dapat dipatahkan oleh beliau. Manakala dalam kelima-lima gol MU dan Malaysia, gol pertama Malaysia yang dijaringkan oleh Amri Yahya merupakan gol yang paling cantik yang memperdayakan penjaga gol berpengalaman seperti Van D' Sar.


Keseluruhan perlawanan sememangnya dikuasai oleh MU tetapi Malaysia juga cukup cemerlang tetapi kekurangan pengalaman menjarakkan mutu perlawanan. MU juga terlalu memandang rendah dengan pretasi pasukan negara, ini menyaksikan mereka menang tipis ke atas pasukan kita. Tahniah buat pasukan negara, walaupun aku sokong MU tidak b..ermakna aku nak pakai baju merah, duduk kat penyokong MU dan tidak mengendahkan pasukan negara sendiri.


Dr. Chua Jui Meng, bekas orang kuat MCA dan juga bekas Menteri Kesihatan telah keluar dari parti MCA dan menyertai parti PKR. Nampaknya ramai yang telah kalah dalam parti lama mereka ingin mencuba parti baru, pasti atasan PKR akan memberi pangkat yang baik untuk beliau. Apa-apa pun jangan lupa perjuangan untuk rakyat ........

Jurnal mr KA

Yup. Im KA not KJ.

Followers