Hari ini, big bos arahkan aku dengan Mr. Khairuddin pergi ke tapak projek landskap di Proton City, Tanjung Malim. Aku kena buat pemeriksaan jumlah dan keadaan pokok di Proton City. Kira punya kira dan periksa punya periksa, akhirnya selesai juga. Luas juga kawasan Proton City, UPSI pun sewa juga ruang di Proton City.



Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan Tok Guru Nik punya kenyataan adalah salah. Bagi aku pihak Majlis Fatwa perlu berjumpa dahulu dengan Tok Guru untuk memberi penjelasan tentang kenyataan beliau, bukan dengan membuat keputusan tanpa siasatan dengan lebih lanjut. Majlis Fatwa perlu bebas dan jangan dijadikan tunggangan pihak orang politik untuk kepentingan peribadi.


Dah banyak hari nie, aku tak update blog, bukan apa kena diarahkan oleh big boss ambil pokok kat nursery Pak Ya kat Padang Besar, Perlis. Bertolak hari isnin, bermalam kat hotel Federal, Kangar. Esoknya terus pi jumpa Pak Ya, ambil pokok. Ini bab yang paling aku suka, lepas kerja dalam pukul 1pm, lepak sat kat Stesen Kecil FRIM di Perlis, tunggu Pajero. Kami nak pi sempadan, apa lagi nak shopping ler. Sesampai kami kat sana, terus serbu kat Kompleks Bebas Cukai, kelabu mata jadinya, banyak jersi. Murah pulak tue, yerla mai pun dari Siam. Aku pun membeli sakan ler, jersi dengan T-Shirt untuk isteriku dan anakku. Kakak dengan Abang Ipar aku pesan jugak. Semua fan Man U. Raya nanti tinggal beli seluar jeans sahaja. Apa lagi serbu Danau Kota lerrrr.

Pilihanraya yang ke- 8 menemukan Pas dan UMNO. Berentap sakan ler, nak tengok rakyat sokong mana lebih. Jangan lupa, pada 25 Ogos nanti, rakyat kat Permatang Pasir, pilih baik-baik calon anda, yang Ustaz ka atau Peguan yang dilucutkan keahlian dalam Majlis Peguam. Kesian pula aku kat YB Padang Serai, dah lah kena belasah, terlondeh seluar kat orang ramai pulak. Perikemanusian ler sikit beb. Dengar cerita, kat Kedah pun nanti ada pilihanraya kecil gak, sebab displin dan terus langgar peraturan dewan. Surat telah dihantarkan ke SPR, tunggu jawapan SPR sahaja.


Al-Fatihah buat Arwah Ustaz Asri dari Kumpulan Nasyid yang cukup top sekali iaitu Rabbani. Agak terkejut juga tentang berita kematian beliau, beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai. Beliau merupakan tulang belakang Rabbani. Begitu berpengalaman dalam bidang muzik nasyid ini, sebelum tertubuhnya Rabbani, Nadamurni merupakan sebuah kumpulan nasyid yang pernah dianggotai beliau. Munajat lagu kegemaran aku waktu itu. Pergi beliau tidak kembali, lagu ini selalu dimainkan oleh beliau dan rakan-rakan, ternyata mati itu benar, dan sakit itu cuma penyebabnya sahaja. Semoga beliau akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah. Semoga setiap dakwah beliau melalui nyanyian selama ini dapat diterima oleh Allah S.W.T.

Isteriku selalu bercerita tentang blog seorang pengacara yang cukup glamour ini. Aku pun cubalah mencari blognya di alam maya ini, akhir dapat juga. Alangkah terkejutnya dengan bahasa-bahasa yang ditaipkan oleh si pengacara ini, kebanyakannya begitu Kurang Hajar sekali. Bukan apa, sepatutnya beliau menjadi ikon kepada kita. Artis ini orang minat lebih kepada guru agama. Aku labelkan pengacara ini sebagai tidak bertamadun.

Pertikaian mengenai arak telah berlarutan tetapi isu ini segera dimatikan oleh MB Selangor, keputusan telah dibuat dan semua orang menghormatinya. Pendamaian antara Ronie Liu dan Hasan Ali telah pun selesai petang tadi. Inilah yang aku suka tentang Pakatan Rakyat, mereka bertengkar kerana menegakkan hak masing-masing, kemungkinan ada yang tidak faham tentang konsep berlainan bangsa, tetapi mereka tidak berdiam diri, mereka akan menegakkan hak mereka, tetapi diingat, bukan mereka bergaduh. Ini juga tidak bermakna Pakatan Rakyat ini tidak serasi kerana berlainan fahaman tetapi dengan berlainan fahamanlah membuatkan mereka lebih erat kerana dapat menyesuaikan dengan cepat fahaman orang lain. Jikalau dapat memerintah negara kelak, pasti akan senang. Pemerintah contohnya, walaupun banyak parti kompenan, mereka nampak tunduk kepada UMNO, semacam setuju dan hati, siapa yang tahu, sekali gunung berapi meletup, kacau bilau jawabnya.

Pagi kelmarin, dalam pukul 10.30, aku dengan isteriku dan anak pergi ke IKEA. Hasrat hati kami nak beli 'high chair' untuk anak kami. Malangnya nasib, kena tunggu lepas sale baru stok yang kami nak itu akan dijual. Beli barang lainlah, alang-alang dah pi sana. Agak menarik jugak, siap ada showroom dan barangan yang pelik-pelik. Tapi aku rasanya perabot kat situ mahal jugak, kedai perabot tepi jalan lebih murah kot. Lepas itu, makan kat Kluang Station kat Ekano. Najwa asyik nak mengorat lelaki je nie, test dia mat bangla. Jangan esok besar nanti, ikut mat bangla pula. Singgah kejap beli barang kat SOS. Lepas kat IKEA, pi kat kuarters sepupu isteriku kat TUDM Subang. Ada lepak kat sana dalam 1 1/2 jam. Ingatkan nak balik rumah terus, tapi isteriku cakap pi Pasar Malam kat rumah sewa dia masa bujang kat AU 2. Isteriku cakap ada Jusco baru buka kat sana. Belanja lagi, Mega Sale sekarang nie, apa lagi, beli pakaian raya aku. Ada la jugak pakaian untuk anak dengan isteriku. Lepas tue, singgah kejap kat Pasar Malam. Ikan-ikan 'fresh' dan murah, beli ikan mayong, tenggiri dan sotong. Pagi nie, isteriku masak asam pedas mayong (sedap woooo). Habis kepala ikan mayong aku makan .........

Dengar ceritanya ada tapisan untuk internet. Gila apa, semuanya nak tapis. Internet nie saluran maklumat, kalau ada yang nak layari laman yang tak senonoh itu terpulang kat mereka. Kita kena bagi kempen kesedaran, bukan dengan tapisan. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahadet pun tak berapa nak setuju, yerla dia kan tengah gila blog sekarang nie. Tapi para blogers tak payah risau, dengarnya blog tak akan ditapis.


Penyair ini bukan sahaja 'TOP' di Indonesia tempat asal beliau tetapi juga di Malaysia. Karya beliau sering disairkan oleh penyair-penyair yang ada di Malaysia ini. Kini sairnya hanya tinggal kenangan kerana beliau telah pergi untuk kita selama-lamanya. Arwah Pak WS Rendra akan menjadi kenangan sebagai pejuang sebagai penyair. Kehilangan beliau tiada galang ganti, Indonesia mungkin bersedih atas kehilangan beliau. Apa nak buat, MATI ITU BESAR, pastinya ia akan datang. Semoga roh beliau akan disemadi bersama-sama golongan yang terpilih dari sisi Allah S.W.T.

Hari ini analisa untuk projek DBKL dengan tempat kerja telah siap jadi siaplah pening aku. Tugasan baru kena buat laporan tentang kerja-kerja 'survey' aku untuk Taman Bamboo kat tempat kerja aku. Aku cakap kat Pegawai aku, hari isnin aku hantar, dah tulis secara kasar laporan tue, tinggal nak taip sahaja dalam komputer, lepas tue hantar tanpa rasa ragu-ragu.

Pak Najib suruh rakyat Malaysia jangan dok berjalan kat orang ramai sangat. Wabak H1N1 nie dah jadi semakin parah, ramai dah meninggal dunia. Kita apa lagi, cubalah buat solat hajat dan berdoa agar wabak ini segera dipulihkan. Ini antara ujian dan amaran kepada kita, selama ini kita lalai dengan keseronokan duniawi. Tapi ada yang tak sedar-sedar lagi, dok asyik lagi.


Di Selangor, riuh sekampung rasa tak puas hati PAS Selangor dengan salah seorang exco Kerajaan Negeri kerana dikatakan secara memadai buat arahan. Aku puji atas sikap kepimpinan PAS Selangor dengan tegas supaya mengharamkan arak ke atas orang Islam, diulangi ...... orang Islam jadi yang bagi bukan beragama Islam kena faham perkataan diatas. Jangan jadi hero sebab ianya termaktub dalam ajaran agama Islam yang arak itu haram. Maka berkekoklah pihak pembangkang di negeri Selangor, kalau dulu semasa menjadi pemerintah tak pula nak haramkan benda alah nie, tapi bila gesaan pihak Pas Selangor, barulah nak sokong. Ini macam ada dipolitikkan oleh mereka kerana pertikaian ini antara PAS Selangor dan salah seorang exco dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Jangan politikan isu agama, ini kerja wajib dibuat oleh semua orang Islam. Sila contohi kepimpinan di Kelantan, bagaimana mereka membenteras Arak dan Judi. Makluman kepada semua Arak merupakan ibu kepada segala kejahatan, aku cukup yakin semua agama pun tidak menyukai penganutnya meminum arak. Tak salah rasanya kalau kita haramkan terus dan tutup kilang arak yang ada kat negeri Selangor nie ....... kan kita nie Negara Islam. PAS Selangor cakap haramkan penjualan arak di tempat yang ramai penduduknya orang Islam, jadi kalau sesiapa yang nak beli sangat, pi lah beli kat tempat yang jauh sikit. Terus perjuangan ini ..... kalau exco tue tak setuju ..... peduli apa ..... MB Selangor jangan tunduk kepada beliau ...... buat keputusan seperti orang Islam, perjelaskan kepada exco tersebut.

Hari ini ada pelawat datang kat taman tempat kerja aku, tak ramai hanya dalam 15 orang sahaja. Kenalah buat kerja-kerja memindahkan pokok dan menanam pokok. Baru hangpa tau macam mana susahnya nak tanam pokok. Label pokok semuanya dah siap. Lega aku nie ........

Jeff Ooi! Cepat-cepatlah minta maaf kepada JIM. Ketua hang pun dah gesa suruh minta maaf. Hang nak bergaduh dengan Mamat tue, itu semua peribadi punya kes. Ini pasal agama jadi kena sensitif sikit. Pemuda Sosialis DAP pun suruh minta maaf. Jangan berpanjangan, nanti lagi kami marah.



Jeff Oi iaitu ahli Parlimen Jelutong perlu berhati-hati apabila berkata-kata, ini bukan setakat main-main, ini pasal satu pertubuhan yang memperjuangkan agama Islam. JIM ataupun Jemaah Islah Malaysia telah dituduh oleh Jeff Oi sebagai Pelampau Agama. Sikap Jeff Oi ini boleh mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ingatlah, Jeff Oi adalah dalam Pakatan Rakyat, ini juga akan dipolitikan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat. Setiap kata, kena fikirkan dulu, bukan main keluar sahaja. Dah lama aku dok tengok gelagat mamat Jeff Oi, jangan sampai dilabelkan anti agama Islam pula. Kita dalam satu Malaysia perlu hormat antara satu sama lain, paling pening hormat agama yang dianuti oleh seseorang. Isu sensitif begini perlu ditanggani segera, Jeff Oi belajar dari pemimpin-pemimpin cina yang lain seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau siapa sahaja yang ada dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sesekali akan menggeluarkan kenyataan berkaitan dengan agama. Jeff Oi .... orang muda .... kami pun orang muda ...... ada darah muda ...... nak menunjuk-nunjuk tapi biar kena pada tempat.


Hari ini agak sebok di pejabat, kena buat label pokok untuk Taman Herba yang baru siap. Esok ada pelawat nak mai melawat sekitar taman. Pagi-pagi kena sambung buat kerja Projek DBKL, kena analisa data, lepas siap, kena buat label pokok, tak siap lagi, esok sambung balik.


Cerita demo hari sabtu lepas tak habis lagi, ada manusia cuba cari kesempatan. Ada sesetengah persatuan peniaga nak minta ganti rugi dengan GMI. Bukan sikit ratusan juta pula itu. Siapa yang duduk cucuk nie, bukan sekali dua buat demo. Dah banyak kali, dulu diam sahaja. Siapa yang suruh tutup kedai? Sapa yang dok lepas gas dan meriam air? Jawab jangan tak jawab.


Hari ini agak geram hatiku terhadap seorang kakak kat tempat aku, bersikap terlalu perkauman. Benci pulak aku, mengapa perlu ada sikap tersebut dalam diri sendiri. Sifat yang ditanam dari zaman penjajah hinggalah zaman selepas merdeka. Bayangkanlah nak vote untuk 'short film' pun cari filem melayu, tak mau filem cina walaupun bermutu tinggi. Tetapi aku rasa tak semua manusia di Malaysia ini bersifat perkauman, malah mereka telah berubah sama sekali, dengan suasana politik di Malaysia ini, mereka telah buka mata. Slogan 1 Malaysia perlu dihayati, bukan dek kerana hanya semata slogan, yerlah .... setiap Perdana Menteri pasti ada slogan sendiri. Perlu ada perubahan kerana kita berbilang kaum, perlu ada tolak ansur dan hormat-menghormati.

Hari Suhakam membawa pukulan padu kepada pihak berkuasa kerana bertindak melulu dengan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air. Mereka juga dikecam kerana melanggar akta kanak-kanak dengan mengari mereka. Mereka juga menggesa pemerintah untuk memansuhkan ISA. Mereka juga mengakui hak untuk berhimpun dalam menyampaikan suara rakyat. Wayang dari pemerintah menerusi media mereka tidak akan habis-habis untuk mencari jalan untuk rakyat membenci, manusia-manusia yang berhimpun untuk menentang akta yang kejam itu.


Tengah hari semalam, aku, isteriku, najwa, stonkoi dan ina telah sampai di Putrajaya untuk pergi ke Festival Landskap dan Taman anjuran Perbadanan Putrajaya. Agak menyeronokan dan teruja tetapi kami sampai dalam keadaan cuaca yang panas. Banyak syarikat-syarikat landskap yang menyertai dalam festival ini, nampaknya apa yang aku nampak, rakyat Malaysia sememangnya suka akan keindahan alam. Kami tak lama di sana sebakan cuaca yang panas. Kesian pula kat Najwa, dah lah gelap sebab main kat pantai bulan lepas, kena panas, lagilah.

Sebelum kami pi festival di Putraja, kami terlebih dahulu pergi ke Jualan Gudang Pureen. Ramai sangat, dah lah susah nak dapat 'parking'. Terpaksalah 'parking' kereta kat kubur. Apabila barang murah maka ramailah yang serbu, semua kaum ada. Kami berbelanja untuk barangan najwa lebih kurang RM150, tetapi berbaloi sangat sebab banyak barang dibeli dan boleh buat stok untuk beberapa bulan. Jenama Anakku ada juga buat Jualan Gudang di Kampung Jawa, Klang. Harap-harap buatlah selalu.

Himpunan ISA sudah dilangsungkan. Media Pro-Pemerintah semakin hari semakin membuat hentaman kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan peniaga telah kerugian dan Perdana Menteri nak sediakan tempat untuk berdemo maka bagi pendapat aku, ini adalah satu yang baik. Maka Suara Rakyat akan didengari, himpunan ini bukan suara minoriti bagi aku, kalau pemerintah memberi permit, aku percaya, pemerintah akan terkejut kerana tidak percaya jumlah yang hadir. Aku pernah bertanya kepada rakan Pratikal dari Perancis, di sana ada tak demo, beliau jawab kerap sekali, dan aku tidak percaya demo baru sehari boleh melumpuhkan ekonomi negara. Perancis negara maju apa .........


Beginilah gambaran yang dapat dipaparkan di himpunan Anti-Isa di sekitar Kuala Lumpur. Ada orang cakap 100 ribu, ada orang cakap 80 ribu dan Malaysia Kini melaporkan 20 ribu orang, tetapi esoknya di surat khabar pasti hanya tak sampai 2 ribu orang. Mungkin Pro-ISA pasti tak sampai 100 orang. Himpunan ini nampak berjaya, kerana kalau tidak ramai yang ditangkap pasti lebih ramai dalam himpunan ini. Apa pun berapa banyak himpunan dilakukan kalau tiada apa-apa tindakan dari pemerintahan ianya akan menjadi sia-sia. Pemerintah sepatutnya kaji ISA ini dari sudut Agama Islam kerana kata kita nie sebuah negara Islam. Nak tahan orang tak salah kalau mempunyai banyak bukti dan di adili dengan sewajarnya tetapi tahan tanpa bicara itu merupakan satu tindakan yang berlawanan dengan perjuangan Islam dalam undang-undang.

Hari ini juga, isteriku dengan senang hati pergi shopping di MidValley. Aku malas nak cakap, dengan suasana di himpunan pasti jalan akan ditutup serapatnya oleh pihak berkuasa. Jadi pasti kesesakan yang turut akan berlangsung. Jadi bila dah terperangkap dalam kesesakan, barulah nak menyesal. Penat lebih pada seronok.

Pagi ini pergi beli gula sebab kat rumah dah habis. Carilah banyak kat kedai bawah rumah aku, semuanya tak ada. Adalah satu kedai nie, tapi kena beli barangan lain sebab dia beli gula tersebut dengan harga RM1.50 dan kena jual dalam harga itu juga jadi tiada untunglah. Isu gula habis ini dah lama dah, kerajaan cuma berani memberi amaran kepada pemborong sahaja tanpa apa-apa tindakan yang cukup keras. Semacam pemborong lagi berkuasa dari kerajaan. Juga isu barang naik semasa minyak naik, harga minyak dah turun tetapi barang tetap harga semasa naik. Pikirlah sendiri fenomena harga barang di Malaysia. Memalukan .....

Jurnal mr KA

Yup. Im KA not KJ.

Followers