Ini bukanlah gambar sebenar kerja-kerja pembinaan Taman Herba di tempat kerja aku. Lupa nak bawa kamera jadi ciloklah sapa-sapa pun gambar kat google nie. Minggu nie, rakan-rakan sekerja agak bekerja keras untuk menyiapkan sebuah Taman Herba hasil ciptaan budak pratikal dari Perancis ini, Mr. Germain Hello. Esok mungkin dah siap kot, beliau punya rekaan taman. Nampaknya tadi dah 90% dah siap, tinggal pokok lidah buaya sahaja yang belum ditanam. Esoknya, Mr. Markandan akan bawa Mr. Germain Hello ke Templer Park untuk menengok hutan hujan tropika Malaysia ini. Hari ahad mamat Perancis ini akan pulang ke negara dia balik. Beliau dapat banyak perkataan-perkataan bahasa Malaysia tapi kami sepatah haram tak tau nak cakap bahasa Perancis. Hari ini juga, isteri aku 'call', ada berita gembira, apa yang kami harapkan sudah dapat, dan ianya akan menyelesaikan masalah kami (Mulakan Hidup Baru) ...............


Berita dari kes mediang Teoh yang dikatakan jatuh dari bangunan kat Shah Alam tue, ada petunjuk baru. Ada 2 kesan DNA di pakaian mediang. Semoga petunjuk ini dapat merungkaikan segala misteri dek kematian beliau. Tuduh-menuduh yang dilemparkan oleh pembangkang dan pemerintah akan terjawab. Pembangkang cakap orang kerajaan yang tolak manakala orang pemerintah cakap orang pembangkang yang tolak sebab nak hapus bukti. Walau bagaimanapun, kita harap siasatan ini dalam keadaan adil yang tidak sebelah siapa-siapa. Keluarga mediang Teoh pun dah jumpa hero '1 Malaysia', Pak Jib yang tersayang. Moga-moga ada belas kasihan dari Pak Jib untuk keluarga mediang.


Aku terbaca blog ustaz paling aku suka iaitu Ustaz Asri Zainul Abidin. Beliau mengesa Majlis Fatwa segera fatwakan akta ISA ini adalah haram ataupun tidak. Ini perlu sangat kerana, segala masalah perlu dirujuk dengan agama juga akhirnya. Biar semua mulut terdiam apabila ada fatwa berkenaan akta kejam ini. Bagi aku Majlis Fatwa dan Mufti perlu bergerak sendirian, bukan dibawah pemerintah kerana ianya akan dipolitikkan. Para Mufti di Malaysia ini pun semacam takut bersuara, apabila timbul berkenaan nak mempertahankan pemerintah, barulah mereka bersuara, itu pun macam hentam sajalah. Kita perlu ada ulama yang berani, walaupun kita tegur itu dari parti yang kita sokong. Ingat apa yang salah tetap salah dan kita wajib membetulkannya. Cadangan Ustaz Asri memang perlu di pandang serius oleh Majlis Fatwa, wajib kita membendung akta yang berat sebelah ini.

0 comments:

Post a Comment

Jurnal mr KA

Yup. Im KA not KJ.

Followers