Tengah hari tadi telah berlangsungnya road block secara besar-besaran, almaklumlah esoknya akan berlangsung acara anti ISA dan pro ISA akan beraksi dan berlumba-lumba ke Istana Negara untuk menghantar memorandum yang menyokong dan menentang akta ISA ini. Agak sesak disebabkan 3 lorong berubah menjadi 1 lorong. Sudah menjadi kebiasaan, bila demo BERSIH dan Anti PPSMI juga pak polisi akan melakukan sekatan jalan raya. Pak polisi sekarang ini, kemungkinannya tidak akan dapat bercuti, cutinya telah dibekukan. Dicairkan kemungkinan hari Isnin ini. Esoknya pasti beribu pihak polis, PGA dan FRU akan bekerja keras untuk mengekang 2 kumpulan yang tidak bersempendapat tentang Akta ISA. Pastinya rakyat Malaysia yang tidak gemarkan demo dan atas pagar ini akan menyatakan bahawa manusia-manusia yang akan pergi demo ini merupakan manusia yang menyusahkan orang lain tetapi mereka perlu sedar yang para pedemo ini telah menurunkan harga minyak, walaupun sedikit demi sedikit dan dapat menyelamatkan anak murid dari terus di ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Apa-apa pun diharap demo ini akan menjadi demo yang aman dan tidaklah ada pergaduhan dan huru-hara. Dalam pengalaman yang lepas demo BERSIH dan sebagainya semuanya dalam keadaan aman.

Bekas YB Pak Hamdan telah pergi meninggal kita buat selama-lamanya pagi tadi. Bekas ADUN Permatang Pasir yang di bawah Parlimen Permatang Pauh ini telah menghembus nafas terakhir di IJN. Marilah sama-sama kita membaca Al-Fatihah sambil bersedekah kepada beliau. Maka dengan permergian Pak Hamdan akan adalah satu pilihanraya kecil. BN nampaknya telah membuat keputusan akan bertanding, kerana mahu menghabiskan wang yang telah kembali banyak sebab di Penanti tiada wang. Baru nak lega di Manek Urai kini, tertumpu pula di Permatang Pasir. Itu kubu kuat PAS dan PKR dan aku rasa tidak jadi masalah untuk Pakatan Rakyat menang. Apa-apa pun Selamat Berjuang .....





Petang tadi aku bersama-sama Mr. Mark dan Mr. Khairul telah pergi ke Hutan Lipur Kanching untuk membawa budak pratikal Mr. Germain Hello. Hasrat kami hanyalah untuk menunjukkan kat budak pratikal ini tentang hutan hujan yang wujud di Malaysia ini. Beliau begitu terkejut dan teruja dengan keindahan hutan di Malaysia ini, jauh berbeza dari hutan yang wujud di Perancis.


Hutan Lipur ini terletak sebelum Bandar Rawang, ini pertama kali aku sampai ke sini setelah 6 tahun menetap kat Kuala Lumpur nie. Daki sampai atas, jumpalah air terjun, apa lagi terjun jugaklah kami. Sejuk betui tapi Mr. Germain tak mau join sekali, pedulilah, asalkan kami puas. Hari ini hari terakhir Mr. Germain buat pratikal kat tempat kerja aku. Beliau kata nak mai Malaysia nie, 5 tahun lagi. Apa pun best, dapat berkawan dengan Mamat Orang Putih nie.


Apalah sebabnya, negara yang dikatakan Negara Islam ini, banyak company perjudian, yang sedihnya orang-orang besar yang memimpin company tersebut datangnya dari Orang Islam sendiri. Malu beb kat orang agama lain. Dahlah tue, yang main pun ada jugak orang bukan Islam. Tempat kerja aku contohnya, orang selalu bertengkar dengan penyokong pembangkang tentang ketuanan melayu, dialah paling banyak main ekor. Pemerintah pun satu gemar sangat buka 'special draw', kurangkanlah, lepas tue tutup terus. Pemimpin paling atas orang Islam, pasti dia tau yang main judi nie haram, apa agama pun haram. Jadi adakah pemimpin-pemimpin yang gemar meluluskan pusat perjudian ini akan menanggung dosa. Tiada sebab, untuk ekonomi negara kita menghalalkan benda yang tersedia haram.........

Ini bukanlah gambar sebenar kerja-kerja pembinaan Taman Herba di tempat kerja aku. Lupa nak bawa kamera jadi ciloklah sapa-sapa pun gambar kat google nie. Minggu nie, rakan-rakan sekerja agak bekerja keras untuk menyiapkan sebuah Taman Herba hasil ciptaan budak pratikal dari Perancis ini, Mr. Germain Hello. Esok mungkin dah siap kot, beliau punya rekaan taman. Nampaknya tadi dah 90% dah siap, tinggal pokok lidah buaya sahaja yang belum ditanam. Esoknya, Mr. Markandan akan bawa Mr. Germain Hello ke Templer Park untuk menengok hutan hujan tropika Malaysia ini. Hari ahad mamat Perancis ini akan pulang ke negara dia balik. Beliau dapat banyak perkataan-perkataan bahasa Malaysia tapi kami sepatah haram tak tau nak cakap bahasa Perancis. Hari ini juga, isteri aku 'call', ada berita gembira, apa yang kami harapkan sudah dapat, dan ianya akan menyelesaikan masalah kami (Mulakan Hidup Baru) ...............


Berita dari kes mediang Teoh yang dikatakan jatuh dari bangunan kat Shah Alam tue, ada petunjuk baru. Ada 2 kesan DNA di pakaian mediang. Semoga petunjuk ini dapat merungkaikan segala misteri dek kematian beliau. Tuduh-menuduh yang dilemparkan oleh pembangkang dan pemerintah akan terjawab. Pembangkang cakap orang kerajaan yang tolak manakala orang pemerintah cakap orang pembangkang yang tolak sebab nak hapus bukti. Walau bagaimanapun, kita harap siasatan ini dalam keadaan adil yang tidak sebelah siapa-siapa. Keluarga mediang Teoh pun dah jumpa hero '1 Malaysia', Pak Jib yang tersayang. Moga-moga ada belas kasihan dari Pak Jib untuk keluarga mediang.


Aku terbaca blog ustaz paling aku suka iaitu Ustaz Asri Zainul Abidin. Beliau mengesa Majlis Fatwa segera fatwakan akta ISA ini adalah haram ataupun tidak. Ini perlu sangat kerana, segala masalah perlu dirujuk dengan agama juga akhirnya. Biar semua mulut terdiam apabila ada fatwa berkenaan akta kejam ini. Bagi aku Majlis Fatwa dan Mufti perlu bergerak sendirian, bukan dibawah pemerintah kerana ianya akan dipolitikkan. Para Mufti di Malaysia ini pun semacam takut bersuara, apabila timbul berkenaan nak mempertahankan pemerintah, barulah mereka bersuara, itu pun macam hentam sajalah. Kita perlu ada ulama yang berani, walaupun kita tegur itu dari parti yang kita sokong. Ingat apa yang salah tetap salah dan kita wajib membetulkannya. Cadangan Ustaz Asri memang perlu di pandang serius oleh Majlis Fatwa, wajib kita membendung akta yang berat sebelah ini.

Hari ini isteriku marah-marah aku, ingatkan sakit matanya tak baik lagi, jadi aku suruh lah pi jumpa doktor, tup-tup doktok cakap isteriku sengaja nak ambil MC. Apa lagi, mengamuk isteriku kat aku. Dah lah yang masa dulu pun kena perli gak sebab mintak MC (masa tue memang tak sakit). Dah lah doktor tue macam Ustaz jea, kena ceramah ler isteriku ini. Apa nak buat dah nasib badan. Tak reti berlakon, nak buat macam mana.

Kat Malaysia nie, H1N1 memang menyerang tak kenai orang. Sekarang nie menyerang IPTA pula, macam ada mata pula wabak nie, tahu pulak budak UPM nak cuti, jadi depa cuti awai ler 2 minggu ini. Setakat nie dah 3 orang meninggal dunia disebabkan wabak nie kat Malaysia yang tercinta ini. Kat Singapura dah 5 orang. Ada surat khabar cakap tak membimbangkan wabak ini menyerang Malaysia, bagi aku nak tipu budak tadika boleh lah.

Rosmah selaku Canselor UNISEL telah dipertikaikan, bukan sahaja Pemuda Pakatan Rakyat malah para pelajar dan pensyarah juga mengiakan yang beliau tidak layak. Seingat aku hanya 1 orang sahaja yang angkat tangan bersetuju mengekalkan Rosmah menjadi Canselor UNISEL dalam satu majlis satu ketika dulu bersama DSAI. Apa kelayakan Rosmah dalam 'background' pendidikan sehingga boleh menjadi seorang Canselor??????


Semalam, isteriku telah dijangkiti kuman yang menyebabkan sakit mata, merahlah kedua-dua matanya, pagi nie pergi doktor, bagi MC satu 1 hari saja, katanya tak teruk sangat tetapi isteriku nie sangat rajin, bagi MC, pi kerja lagi, balik rumah pukul 5pm. Wabak ini boleh dijangkiti, jadinya kena kurantin di rumahlah jawabnya. Esok pagi, aku suruh isteriku nie pi kat Klinik Ikhwan, mana tau dapat MC lebih sehari. Mentua aku kat Johor sememangnya tengah membawa wabak sakit mata nie, tak terlintas kat fikiran aku boleh sampai kat Kuala Lumpur nie, kena kat anak dia pula (melawak saja). Mungkin kena masa pi kenduri kot, sebab ada orang sakit mata dan isteriku pandang dia kot. S n P rumah aku yang nak beli nie, dah jumpa, peguam kami yang salah, pi bagi kat bank yang copy saja, bukannya yang original. Prosuder bank yang kami apply nie nak S n P yang original. Selamat jumpa, harapannya tiada masalah lagi, peguam bank cakap ini last kerja, lepas S n P bagi kat bank, bank akan bagi cek kat pemilik lama rumah aku. Masalah selama 2 tahun akan selesai, Mudah-mudahan ...........

Kg. Buah Pala telah dipolitikan, datang pula sebuah parti hero yang sememangnya telah ditolak oleh kaum India dan kini mahu menyelamatkan Kg. Buah Pala dengan pembeliaan sebanyak lebih RM 3 juta. Apa kata duit-duit itu semua gunakan untuk bagi balik duit-duit kepada pelabur-pelabur dalam sebuah syarikat yang pernah ditakbirkan oleh mereka. Kebanyakan para pelabur terutama kaum India merupakan datangnya dari yang berpendapatan rendah. Apa kata kalau Kg. Buah Pala ini terletak di negeri yang bukan diperintah oleh pembangkang, adakah mereka berani nak jadi hero? Adakah mereka yang berlagak sebagai hero ini, hanya berani di negeri pembangkang? Mereka seolah-olah hendak mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan yang ditakbir oleh pembangkang jadi lu fikirlah sendiri .....

Hari ini akhbar Kosmo telah memaparkan kisah Arwah Yasmin Ahmad, dari striker boleh ke pengarah tersohor, dan aku terbaca dalam Malaysia Kini, anak Tun Mahadet agak tidak senang dengan laporan akbar tersebut. Marina Mahathir nampaknya merasakan bahawa laporan tersebut boleh mengaibkan si mati. Bagi aku, kita patut hormati orang telah pergi, ceritalah apa yang baik dari beliau sahaja, mana tahu cerita yang baik itu menambahkan lagi pahala beliau. Cerita-cerita peribadi beliau yang tidak baik, biarlah beliau dengan Allah sahaja, biar Allah yang menentukkan di mana kedudukan beliau. Jikalau beliau masih hidup, takpalah kita membetulkan beliau, ini beliau sudah pergi. Lupakan cerita beliau dahulu lelaki tukar menjadi perempuan ataupun beliau khunsa, paling penting, beliau tahu apa status jantina beliau. Kita yang masih hidup ini, munasabah diri, kalau cerita ini boleh jadi pengajaran kepada kita, kita patut betulkan diri dulu.

Al-Fatihah buat Arwah Yasmin Ahmad atas permergian beliau bertemu dengan Allah S.W.T. Beliau telah dimasukkan ke hospital tempoh hari dan malam semalam beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Beliau merupakan seorang pengarah yang cukup kreatif, filem-filem beliau seperti Gubra, Muhsin dan Sepet bukan sahaja mendapat anugerah di Malaysia malah juga di luar negara. Ucapan takziah buat keluarga beliau dan diharap beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang sememangnya dirahmati oleh Allah S.W.T. Banyak iklan Petronas yang kretif-kretif itu hasil sentuhan arwah, lepas ini kenalah cari yang kretif juga untuk filem dan iklan, kalau tak boringlah iklan di Malaysia nie. Iklan kat Malaysia ini tak sepintar iklan di Luar Negara, tak payah pergi jauh, tengoklah Thailand, iklannya ada unsur doube meaning, lawak dan bermacamlah.

Bekas MP Segamat dan Naib Presiden MIC iaitu SS Subramaniam telah membuat keputusan paling tepat untuk menyertai PKR. Nampaknya kini telah menjadi satu 'trend', apabila tiada tempat atau kalah dalam jawatan sesuatu parti pasti mereka akan mengalih arah untuk menentang arus menyertai pembangkang. Di dalam parti yang baru mereka masuk pasti aku diberi satu jawatan yang boleh dikatakan penting juga. Apa pun harus diingati oleh mereka, ingatlah pejuangan rakyat yang perlu diutamakan, bukannya mengejar pangkat atau harta.



Anak aku nie dah 2 hari demam, hari ini tak bermaya nampaknya, Mak Ngah aku sebagai Pengasuh Najwa, bagitau aku Najwa muntah-muntah dan lembik, jadi aku bergegas ambil Isteriku, bawa motor macam orang gila, beberapa kali nak terbabas, dan bawa najwa ke Klinik Ikwan, tak ada elekrtrik pula klinik dan kawasan sekitar, terpaksalah doktor suluh pakai lampu. Doktor cakap Najwa kembung perut, itu sebab muntah, ada batuk ngan selsema, pertama kali ini anak aku nie tak aktif, kalau tak jangan harap ada perkataan rehat baginya. Pagi tadi, kad ATM CIMB patah, aku send duit aku semua ke akaun MYBANK aku melalui CIMB Clicks, aku ingat dapat duit hari ini, alangkah malangnya, esok lepas pukul 9am, baru duit itu masuk ke dalam akaun, lembabnya bank kat Malaysia nie.

Kat tempat kerja aku pagi nie, berlaku isu papan tanda pemerintah menghiasi projek naik taraf masjid tempat kerja aku dan seorang Doktor Perhutanan nampaknya agak gelisih dek kerana ada lambang parti politik tetapi KP nampaknya memberi penjelasan bahawa ini nak bagitau sumbangan daripada mereka dan sudah pasti anda semua tahu bukan senang nak dapat sumbangan, jadi lepas pembinaan papan tanda tersebut akan dibuang. Bagi pendapat aku ini semua bukan satu isu, tapi kalau lambang kerajaan Malaysia diletakkan mengantikan lambang parti politik, itu lebih baik.

Hari ini GMI telah mengumumkan DSAI dan TGNA bersama-sama dengan TGHA akan menyertai demontrasi bantah ISA pada 1hb Ogos ini, maka ramailah yang dijangka akan hadir di demontrasi tersebut. Selepas kenyataan GMI. Pro-ISA pula membuat kenyataan bahawa 2 lagi NGO akan menyertai mereke iaitu PERKASA dan Persatuan Seni Silat Lincah. Maka sama-samalah bersilat wahai para pedemontrasi jikalau bertembung. Masih tiada lagi cakap-cakap dari pihak Polis tentang demontrasi ini. Semua sebuk pasai kes SPRM. Kini Suara Di Jalanan kita telah diterima oleh manusia yang dahulunya menentang habis-habis, yang kata suara jalanan buat orang yang tidak bertemadun maka mereka kita telah meludah ke langit dan terkena batang hidung sendiri dan menjadi orang cukup tidak bertemadun.

Hari Ini cukup memboringkan itu aku ini, tiada kerja nak buat kat opis tue. Minggu nie jugak aku selalu tension lantas menjadi orang yang panas baran. Banyak benda yang tidak kena, semua membuat diri hampa, perkara yang ingat nak boleh selesai, tak selesai-selesai lagi, dah berlarutan dengan dekat 2 tahun dah, susah sangat nak selesaikannya.

Ada kebakaran telah berlaku di Flat PPR Batu Muda di Parlimen Batu dibawah jagaan YB Tian Chua. Mangsa sekeluarga telah ditempatkan di dewan orang ramai flat tersebut. Diharap ada bantuan disalurkan. Sebarang Pertanyaan boleh call 019-226125 (Hishamudin).

Pagi ini ada satu perbincangan penutupan ISO, tak lama perbincangannya, big bos nampak macam nak cepat ja, mungkin beliau nak berlepas ke Johor. Selalunya para pekerja kat KBG nie, kalau bosnya 'out station' pasti hidupnya seronok sekali. Apabila kucing tiada pastinya tikus berkeliaran di merata tempatlah jawabnya. Petangnya ada sesi taklimat pasai 5 S. Satu sistem mengemas barang-barang di tempat kerja dan juga kebersihan persekitaran. Agak nampak remeh dan juga sistem ini diambil dari Jepun. Banyak positifnya daripada sistem ini, tapi blah cepat, agak boring, nanti aku study sendirilah dari informasi internet. 5 S adalah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal. Dah gila pasai ISO kena pula buat benda baru. Logo ini diambil dari UKM kot, aku tak pasti.

Ku Li nampaknya tidak selari dengan perjuangan UMNO sekarang, pendapat beliau banyak bercanggah dengan apa yang para pemimpin UMNO buat sekarang ini. Pendapat Zaid Ibrahim menyarankan Ku Li 'joint' Pakatan Rakyat sedikit sebanyak membuatkan para UMNO tidak senang duduk, kalau dulu dibuatnya Ku Li seperti Quran Buruk, kini memujinya kembali. Jikalaulah Ku Li ini bukannya Ahli Parlimen, sudah pasti Ku Li dipinggirkan dengan lebih teruk. Bagi pendapat aku, agak sukar untuk Ku Li keluar dari UMNO kerana beliau masih berpegang kepada Semangat 46.

Alhamdulillah, terbuka juga para pemimpin pemerintah untuk menubuhkan Suruhanjaya siasatan ke atas kes mediang Teoh. Semoga segala hasil siasatan itu dikemukakan kepada rakyat supaya kepercayaan SPRM dapat dipulihkan. Ada juga para pejuang pemerintah membuat demontrasi petang tadi di Ampang Point menyokong SPRM dan Polis, ramai sangat 60 orang. Pelikkan mengapa kalau UMNO pasti sedikit-sedikit sahaja, kalau pembangkang 300 orang itu paling sikitlah, Lu Pikirlah Sendiri Jawapannya.....

Tengah melayan Thailand vs Liverpool .....

Hari ini merupakan hari lawatan aku, Mr Azam, Mr Mark, Mr Germain dan diketui oleh 'big bos' kami iaitu Mr Adnan ke Putrajaya. Sengaja kami pergi ke sana untuk bawa budak pratikal seorang nie, Mr Germain yang berasal dari Perancis. Ternyata Mr Germain agak teruja dengan Putrajaya, dan beliau menggangarkan kerajaan kita habiskan banyak wang untuk Putrajaya. Tak pernah aku pergi ke Taman Botani Putrajaya, ternyata indah sungguh, seribu kali indah dari Taman Botani Kepong yang sedang dalam pembinaan ini. Aku teringin sangat nak ke Taman Botani di Singapura, khabarnya indah lagi di sana, yang sememangnya aku tahu, langskap di Singapura jauh lebih cantik dan kemas dari Malaysia. Mr Germain dah tahu cakap melayu, walaupun tak banyak ayat tetapi bolehlah dari kami yang dah keras lidah nak belajar bahasa Perancis.


Kes liwat Anwar telah berlanjutan sehingga ke hari ini. Pihak peguam bela telah mendapat kebenaran dari pihak Mahkamah untuk pendakwaraya memberi segala dokumen bukti kes liwat. Sekali dolak dalih oleh peguam pendakwa untuk mendapatkan tempoh lanjutan memberi dokumen-dokumen tersebut. Secara logiknya kalau semuanya sudah lengkap dan ada cukup bukti, mengapa perlu ditangguhkan, nampaknya ada keraguan disitu. Petang tadi juga DSAI telah membuat laporan polis berhubung dengan 'afidavit' palsu. Nampaknya sengketa antara DSAI dan Peguam Negara belum selesai lagi.


1 Ogos ini akan terjadilah sebuah demontrasi menentang akta ISA tetapi yang menariknya, demontrasi ini ada geng penentang dan geng mempertahankan akta kejam ini. Bagi aku ini sudah menjadi satu yang menarik, yang mempertahankan silalah pakai baju warna putih dan para penentang pakailah baju merah ataupun hitam. Selamat Berdemontrasi ......


Hari ini, betui-betui memenatkan badan aku, kena galas beg yang berat yang berisi alat DGPS. Sepanjang hari ini aku perlu menyiapkan kerja-kerja mengambil kiraan jalan di sekitar KBG untuk dimasukkan ke dalam peta kawasan Kepong Botanical Garden. Kerja sudah siap jadi kena edit dalam komputer terus bagi ke boss untuk dimasukkan ke dalam map info. Hari ini isteri aku tak berapa sihat, selsemalah pulak orang kuat dalam keluarga aku ini. Sudah pergi jumpa doktor, katanya ada kanser lidah. Kena banyak makan sayur dan buah. Semoga sihat kembali.

Hari ini merupakan hari pengebumian saudaraTeoh Beng Hock, yang telah didapati terjatuh dari bangunan SPRM di Shah Alam. Bunuh Diri? Pendapat aku tidak mungkin, orang dah nak daftar kahwin dan akan ada anak, tidak akan hendak bunuh diri. Walaupun bagaimanapun, Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan secepat mungkin, perlu ada ketelusan dalam penyiasatan. Salam Takziah buat keluarga mendiang. Kelam kabut dek kerana percaturan politik, disebakan politik sudah tidak kenal apa itu nyawa.

MU main lagi malam ini di Bukit Jalil bersama-sama dengan Pasukan Negara. Diharap kali ini permainannya lebih menarik lagi dari perlawanan hari sabtu minggu lepas. Perlawanan ini dikatakan kerana MU takut nak ke Indonesia dek kerana letupan yang berlaku di sana. Dengar-dengarnya, hotel yang meletup adalah hotel yang akan diduduki oleh budak-budak MU. Apa-apa pun diharap malam ini merupakan perlawanan yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Ucapan tahniah buat Pasukan Negara kita, walaupun kalah tipis dengan MU tetapi semangat juang mereka amatlah aku puji. Jikalaulah semangat dan cara permainan sebegini ditunjukkan, pasti di Laos kelak, Pasukan Negara akan mengampai kejayaan. Kesudahan perlawanan persahabatan semalam menyaksikan MU menyumbat 3 gol dan Malaysia membalas dengan 2 gol. Gol-gol MU dijaringkan oleh Rooney, Nani dan Owen, manakala kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya.


Bagi pendapat aku, pemain terbaik pada petang semalam patut dinobatkan kepada penjaga gol Malaysia. Setiap serangan MU dapat dipatahkan oleh beliau. Manakala dalam kelima-lima gol MU dan Malaysia, gol pertama Malaysia yang dijaringkan oleh Amri Yahya merupakan gol yang paling cantik yang memperdayakan penjaga gol berpengalaman seperti Van D' Sar.


Keseluruhan perlawanan sememangnya dikuasai oleh MU tetapi Malaysia juga cukup cemerlang tetapi kekurangan pengalaman menjarakkan mutu perlawanan. MU juga terlalu memandang rendah dengan pretasi pasukan negara, ini menyaksikan mereka menang tipis ke atas pasukan kita. Tahniah buat pasukan negara, walaupun aku sokong MU tidak b..ermakna aku nak pakai baju merah, duduk kat penyokong MU dan tidak mengendahkan pasukan negara sendiri.


Dr. Chua Jui Meng, bekas orang kuat MCA dan juga bekas Menteri Kesihatan telah keluar dari parti MCA dan menyertai parti PKR. Nampaknya ramai yang telah kalah dalam parti lama mereka ingin mencuba parti baru, pasti atasan PKR akan memberi pangkat yang baik untuk beliau. Apa-apa pun jangan lupa perjuangan untuk rakyat ........

Jurnal mr KA

Yup. Im KA not KJ.

Followers